Thursday, May 21, 2009

Cost of Procastination (Harga Melengahkan Dalam Pelaburan)

Semasa saya belajar dahulu, ramai antara kalangan kami yang gemar mengambil subjek subjek yang menggunakan penyelesaian matematik. Kerana Bahasa Inggeris itu bukan bahasa ibunda, kami sepakat untuk mengambil kelas yang sama dan masing masing setuju untyuk mengambil subjek subjek yang memerlukan penyelesaian matematik. Bukan kerana pandai dalam matematik mahupun lebih terer dari rakan rakan Inggeris kelas kami, cuma kami yakin nombor nombor itu fakta bulat yang tak boleh disangkal, selagi mana kita berpegang kepada formula yang telah diperkenalkan. Benar, NOMBOR TAK MAMPU MENIPU ANDA.

Atas dasar ini, bukan saya bercakap kosong mahupun bohong tetapi sekadar ingin membuktikan bahawa, nombor nombor di bawah ini adalah bukti kepada dakwaan kami bahawa penyimpan, penabung atau melabur seawal usia adalah jauh lebih baik dari lewat usia.

Apa yang ingin saya nyatakan disini adalah kerugian yang kita dapat apabila kita enggan melabur atau menyimpan seusia awal.

Saya nyatakan 3 senario yang berbeza yang membandingkan kebaikan yang kita perolehi dengan permulaan melabur dari awal.

Senario satu, Adalah seseorang (A) yang melabur secara tetap secara tahunan sebanyak RM1200 (atau bulanan RM100). Dengan pulangan sebanyak 15% setahun dan mula menyimpan seawal usia 21 tahun. Ketika pelabur (A) ini menghampiri pencen beliau, jumlah simpanan beliau telah menjadi RM 1,216,055.00. Beliau menjadi jutawan hanya dengan penyimpan sebanyak RM 12oo setahun (atau RM 100 sebulan)


Senario dua, adalah seseorang pelabur (B) yang memulakan pelaburan beliau sebanyak RM 1200 setahun (atau RM 100 sebulan) seawal usia 21 tahun, tetapi hanya membuat pelaburan selama 10 tahun sahaja. Ketika Pelabur (B) ini menghampiri umur pencen, keuntungan yang diperolehi oleh beliau adalah RM 961, 863


Dengan jumlah pelaburan prinsipal sebanyak RM 12,000 selama 10 tahun itu pelabur (B) menghampiri jutawan ketika umur persaraan beliau.

Senario 3, adalah seseorang Pelabur (C) yang membuat nilai pelaburan 3 x lebih tinggi dari pelaburan tahunan diatas, tetapi memulakan lewat 10 tahun dari kedua dua senario diatas dan menyimpan sehingga umur persaraan beliau.

Sungguhpun beliau membayar lebih sebanyak RM 24,000 (RM 12000 selama 10 tahun lewat tambah RM 24,000 bagi menjadikan keseluruhan RM 36,000 -- 3 kali ganda pelaburan) bagi mengganti kelewatan yang disengajakan itu, wang terkumpul yang ketika menhampiri umur persaraan beliau adalah RM 926, 391, tetap masih sedikit dari kedua dua senario diatas.


Pengiraan diatas menggunkan Microsoft Excel dan berjaya membuktikan bahawa melabur dari awal lebih menguntugkan dari bermula lewat.

Ini berlaku kerana kita kehilangan apa yang dinamakan sebagai Compounding Interest effect. Saya akan terangkan dalam posting yang lain bertajuk Kenapa Perlu Menyimpan Lebih Lama di Dalam Unit Trust.

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya di 019 325 6161 atau emailkan pertanyaan anda ke norrazi.publicmutual@gmail.com

Sunday, May 17, 2009

Pinjaman ASB tidaklah sehebat mana ..... Jangan Buat

Di bawah adalah peratus keuntungan yang diperolehi pelabur ASB sepanjang 17 tahun yang lepas


Dalam menilai pulangan dari ASB, kita perlu memahami yang pengiraan dividen dan bonus untuk pelaburan ASB adalah berlainan sama sekali. Hanya kerana PNB umumkan dividen 7.30% setahun dan bonnus 1.25%, kita TIDAK BOLEH merumuskan bahawa dividen ASB adalah bersamaan 8.55% setahun.

Ini kerana, dividen ASB dibayar mengikut baki purata sepanjang 12 bulan lepas, manakala bonus ASB dibayar mengikut baki purata sepanjang 120 bulan (10 tahun) lepas. Bonus 1.25% itu hanya akan dapat penuh, jika baki purata anda kekal tidak berubah sepanjang 120 lepas. Jika anda baru melabur tahun lepas, sudah pasti bonus yang diperolehi BUKAN 1.25%, sebaliknya sekitar 0.1% sahaja (sangat kecil).

Kedua, tentang pakej pinjaman ASB. Secara umumnya orang guna 3 jenis pinjaman berbeza untuk pelaburan ASB mereka.

1) Compounded Interest Term Loan (mcm loan rumah). Ini banyak diiklankan oleh bank komersial spt RHB, Maybank dan CIMB, mengikut kadar BLR.

2) Flat-rate Personal Loan (mcm loan kereta). Ini banyak dilakukan oleh sesetengah orang yang ambil personal loan dari Bank Rakyat, MBSB atau koperasi lain, kerana menyangka interest personal loan, lebih murah dari Term Loan bank di atas.

3) Overdraf ke atas cagaran ASB. Ini banyak dilakukan oleh sesetengah orang yang setelah ambil personal loan, mereka laburkan ke dalam sijil ASB dan kemudiannya mencagar sijil itu ke RHB untuk mendapat kemudahan overdraf untuk pelaburan lain.

Ketiga-tiga jenis pinjaman ini, dikira secara berbeza. Term Loan dikira secara compounded interest bulanan (APR rate), personal loan dikira secara straight-calculation (nominal rate), manakala Overdraft dikira secara daily rate (mengikut baki harian).

Di antara term loan dan personal loan, kadar interest manakah yang lebih mahal?

Bila nak buat perbandingan, anda TAK BOLEH banding secara kasar saja. RHB offer ASB loan terkini pada BLR – 1.25% = 5.5% setahun (based on APR rate). Kadar interest sebenar boleh berubah mengikut BLR.

Bank Rakyat offer loan pada kadar tetap untuk kakitangan awam pada kadar nominal 5.9% setahun. Untuk swasta yang guna post-dated cek, kadar nominal 6.9% setahun. Kadar nominal ini adalah KADAR PADA NAMA SAHAJA. IA…NYER BUKAN KADAR SEBENAR (APR).

Kalau anda convert kadar nominal personal anda kepada kadar sebenar APR sama macam Term Loan bank (supaya perbandingan setara epal dengan epal), anda akan mendapati kadar sebenar personal loan anda hampir 2x ganda!! Ini bermakna, interest sebenar personal loan anda adalah sekitar 10%-12% setahun, hampir 2x kali lebih tinggi dari kadar interest term loan bank.

Sebagai contoh, kalau anda MASIH TAK PERCAYA, ambil loan RM50,000 untuk 10 tahun.

Interest term loan 10 tahun = RM 15,115.60 (at 5.5%)

Interest personal loan 10 tahun = RM 29,500 (at 5.9%)

Jadi, samada anda nak pilih term loan bank, atau personal loan bank rakyat, fikir dengan baik. Jangan buat keputusan terburu buru tanpa melihat pengiraan terlebih dahulu. Ingat! FIGURES NEVER LIE.

Untung atau rugi ASB ini, bergantung kepada bagaimana anda melihat skim tersebut. Dalam kebanyakan perbandingan, ramai orang terlupa nak ambil kira faktor interest loan dan kenaikan BLR. Mereka hanya nampak nilai pelaburan ASB selepas matang 10-20 tahun sahaja.

Pada mereka ini, melabur guna loan asb dan melabur guna duit sendiri, tanpa guna loan adalah sama, kerana mereka melihat dari segi jumlah wang yang keluar dari poket mereka, tanpa mengambil kira faktor interest dan kenaikan BLR.

Tu yang kekadang kita lihat, penggemar ASB loan akan sentiasa menyokong penggunaan loan, tak kira berapa kadar interest, kerana pada mereka, kononnya mereka boleh jana duit dengan menggunakan duit orang (duit bank). Mereka langsung tidak menyedari bahawa, yang sebenarnya bank GUNA NAMA MEREKA untuk labur ke dalam ASB, pelaburan tanpa risiko yang beri pulangan jauh lebih tinggi dari Fixed Deposit dan Bon. Interbank deposit rates pun tak beri pulangan setinggi 7% setahun.

Tapi kalau anda fikirkan betul-betul, kalau anda untung buat ASB loan, takkan bank pulak yang rugi? Bank tidak akan perkenalkan produk yang buat mereka rugi, betul tak? Habis kalau bank yang untung, takkan kita pulak yang rugi? Kalau interest 5.5% setahun anda kira masih untung, bagaimana kalau kadar interest naik kepada 10% nanti? Adakah anda masih untung? Ni lah soalan yang ramai penggemar loan ASB terkebil-kebil nak jawab, sebab pada mereka, asal guna ASB loan, untung sampai kiamat.

Sebenarnya, dalam pelaburan ASB menggunakan loan ini, kedua dua pihak untung. Bank untung sikit, anda pun untung sikit. Dividen yang anda perolehi dari ASB, akan dihakis sebahagiannya menjadi interest loan bank. Bila anda pinjam RM50,000 untuk ASB loan, memang la anda bayar balik RM50,000, tetapi sebahagian dividen ASB, anda kongsikan kepada bank dalam bentuk interest, kerana mereka advancedkan dulu duit mereka.

Sebagai perbandingan, mari kita lihat contoh ini.

Loan amount: $50,000.00

Loan tenure: 10 years or 120 months

Interest rate: 6.25% per year or 0.5208% per month

ASB returns: 7% per annum or 0.5833% per month

Inflation is disregarded

Time Value of Money Formulas are used

All dividend incomes are not withdrawn at all

Interests and ASB dividends are compounded monthly

Monthly repayments = RM 561.39

Total payments = RM 561.39 x 120 months = RM67,366.80

Jumlah interest berbayar = RM67,366.80 – RM50,000 = RM17,366.80

ASB RM50,000 yang dilabur dari awal tahun 1, bulan 1, selama 10 tahun (120 bulan)

RM50,000 pada kadar 0.5833% sebulan

Baki selepas 10 tahun = RM 100,479.07

Untung = RM100,479.07 – RM67,366.80 (modal asal) = RM 33,112.27

Jika anda tak guna loan (kerana tak suka berhutang), sebaliknya melabur sendiri RM 561.39 setiap bulan terus ke dalam ASB,

Baki ASB selepas 10 tahun = RM 97,165.94

Untung = RM 97,165.94 – RM 67,366.80 (modal asal) = RM 29,799.14

Dari pandangan kasar, memang nampak melabur guna ASB loan memberi keuntungan lebih sedikit dari melabur sendiri (RM33,112.27 berbanding RM29,799.14). Tetapi, hasil ini adalah berdasarkan assumption yang telah dinyatakan dari awal tadi.

Tetapi yang perlu anda ingat sebagai pelabur ASB, adalah risiko kenaikan interest (BLR). Kalau 1 tahun anda membayar RM 561.39 sebulan, Total payment = RM561.39 x 12 bulan = RM 6,736.68.

Masuk tahun 2, interest loan ASB naik kepada 8% setahun, kerana kenaikan BLR (untuk kawal inflasi yang naik lagi), monthly repayment terbaru anda sepatutnya menjadi = RM 600.71 sebulan (berdasarkan baki terkini selepas 1 tahun bayaran).

Total payment untuk baki 9 tahun lagi = RM 600.71 x 108 bulan

= RM 64,876.68

Total payment (modal asal) selama 20 tahun

= RM 6,736.68 + RM 64,876.68

= RM 71,613.36

Ini menyebabkan keuntungan anda berubah kerana kenaikan interest BLR

RM100,479.07 (baki ASB selepas 10 tahun) – RM 71,613.36 (modal asal)

Untung selepas kenaikan interest = RM 28,865.71

Hasil = Dah lah kena bayar lebih RM600.71 sebulan, untungnya lebih rendah berbanding orang yang labur sendiri RM561.39 sebulan. Semuanya gara-gara kenaikan interest loan ASB.

PALING MALANG SEKALI :-

Bila anda tak arif tentang kewangan / pakej pinjaman, loan ASB dah naik kepada 8% setahun, tapi anda masih bayar bulanan ikut interest 6.25% dulu (iaitu masih bayar RM561.39 sebulan, berbanding RM600.71 sepatutnya) kerana bank tak suruh anda tambah bayaran setelah kenaikan interest, loan ASB anda bukan selesai dalam 9 tahun (selepas kenaikan interest pada tahun ke2), sebaliknya akan selesai dalam masa 10 tahun (extra 1 tahun menjadi total 11 tahun, berbanding 10 tahun kontrak asal).

Ini kerana, anda membayar bulanan lebih rendah dari yang sepatutnya, menyebabkan lebih banyak ansuran bulanan anda dihakis oleh kenaikan interest.

Jadi, total payment yang sepatutnya menjadi RM71,613.36, menjadi RM73,818.38 kerana anda tak adjust jumlah monthly repayment selepas kenaikan interest.

Dah lah kena bayar sampai 11 tahun, ini menyebabkan keuntungan anda (RM 26,660.69) jauh lebih rendah dari keuntungan orang yang labur sendiri RM561.39 sebulan selama 10 tahun sahaja (untung RM 29,799.14).

KEPUTUSAN SAYA

Memandangkan dari pengiraan dan scenario di atas, kita dapat lihat perbezaan keuntungan orang yang labur guna ASB loan dan orang yang labur sendiri terus ke ASB tanpa loan, tidak banyak bezanya (RM33,112.27 berbanding RM29,799.14), dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu (kenaikan minyak dan kenaikan inflasi), risiko kenaikan interest (BLR naik) pada masa akan datang, membuatkan pilihan kedua, iaitu melabur terus ke ASB tanpa guna loan, nampak JAUH LEBIH SELAMAT. Figures never lie!

Monday, May 11, 2009

Apakah itu Bond

Ada yang bertanyakan saya, BON TU APA??????

1. Secara mudahnya Bon itu mewakili akujanji hutang yang diterbitkan sama ada oleh badan-badan kerajaan ataupun syarikat.

2. Apabila anda melabur ke dalam bon, anda sebenarnya berperanan sebagai pemberi pinjam wang kepada badan-badan kerajaan atau syarikat-syarikat yang menerbitkan bon.

3. Manakala mereka yang menerbitkannya pula bertindak sebagai peminjam daripada anda yang membeli bon tersebut.

4. Sebagai balasan kerana membeli bon mereka, penerbit-penerbit bon akan membayar faedah tetap (dikenali sebagai kadar kupon) kepada anda bagi sepanjang tempoh pinjaman dan memulangkan jumlah pokok yang dipinjam apabila matang.

5. Contoh bon yang boleh diberikan di sini ialah Bon Simpanan Merdeka 2008 yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk warga emas.

6. Bon ini mempunyai tempoh matang selama tiga tahun dan menawarkan pulangan (kadar kupon) sebanyak lima peratus setahun.

7. Di Malaysia terdapat dua pihak yang menerbitkan bon iaitu, bon dikeluarkan oleh pihak kerajaan(Bon Kerajaan) da pihak korporat(Bon Korporat).

8. Bagi bon kerajaan, penerbit utamanya ialah pihak kerajaan, Bank Negara Malaysia dan institusi separa kerajaan (Khazanah Nasional Berhad, Danamodal dan Danaharta).

9. Manakala itu, bon korporat dan sekuriti bersandarkan aset pula diterbitkan Cagamas Berhad, institusi kewangan dan syarikat bukan kewangan.

10. Pelabur utama pasaran bon Malaysia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dana pencen (KWAP), syarikat insuran dan institusi kewangan yang lain.

11. Melabur wang anda ke dalam bon juga ada risikonya. Umumnya pulangan daripada bon-bon korporat selalunya lebih tinggi jika dibandingkan dengan bon kerajaan kerana risiko yang ditanggung oleh pembeli bon korporat lebih tinggi daripada bon kerajaan.

12. Ini bertepatan dengan prinsip pelaburan ; “Semakin Tinggi Risiko, Semakin Tinggi Kadar Pulangannya!”

13. Namun begitu, jika anda inginkan pulangan yang lebih terjamin, anda boleh membeli bon kerajaan kerana wang pokok anda lebih terjamin dan selamat berbanding bon korporat yang berhadapan dengan risiko tidak menerima bayaran kupon dan kehilangan wang pokok (modal) anda!

14. Jadi pilihan di tangan anda!

15. Melaburlah berdasarkan matlamat dan perancangan kewangan anda!

Sunday, May 10, 2009

Dana Pendidikan IPT Anak : Insurans atau Unit Trust ?

Ramai orang mungkin tertanya2, kalau nak create dana pendidikan IPT untuk anak, nak simpan di Insurans ( Investment Linked ) atau nak simpan di Unit Trust ( saham amanah ) ? Dua - dua agen Insurans dan Unit Trust datang dan memberikan pakej dan tujuan yang sama, iaitu EDUCATION FUND. Mana satu lebih baik ? Mana satu lebih efisyen ? Salah satu atau kedua - dua sekali ?

Ya, izinkan saya memberikan sedikit panduan untuk tatapan dan panduan untuk para ibu bapa dalam mencari instrumen terbaik untuk dana pendidikan anak.

PANDUAN 1 : Ketahui dimana, dan BERAPA kos pendidikan akan datang. Kepada ibubapa, seperti yang kita sedia maklum, inflasi memainkan peranan penting dalam harga barangan hari ini. Begitu jugalah kos pendidikan nanti. Bila disebut kos pendidikan, ia bukan bermakna Yuran Pengajian IPT shj, tetapi merangkumi kos sara hidup seperti makan minum, tempat tinggal, pakaian, pengangkutan, komputer, bahan ilmiah dan pelbagai lagi keperluan seorang manusia yang bernama student IPT.

Pada hari ini, di dalam negara, kebiasaannya student yang masuk IPTA seperti USM, mereka akan meminjam antara RM 40 000 - RM 45 000 dari PTPTN untuk membiaya pengajian mereka. Jumlah ini boleh dikatakan agak tinggi pada hari ini. Ini adalah IPT AWAM. Sebahagian kos disubsidi oleh kerajaan. Untuk IPT Swasta mcm Petronas, Uniten dll, student akan pinjam antara RM 60 000 ++. 12 tahun lepas, saya sendiri meminjam RM 17 000 ++ utk masuk IPTA. Hari ini, rakan saya menjamin adiknya untuk program berkembar dgn IPT Awam, pinjaman dari MARA, sebanyak RM 80 000++. Figure ini adalah situasi untuk HARI INI. Untuk anak2 di masa hadapan, 15 - 20 tahun lagi, nilainya adalah 2 atau 3 kali ganda dari hari ini. RM 100 000 +++? TAK MUSTAHIL.

Kos IPT luar negara…lagi tinggi lah.

Jadi bersikap prihatinlah dengan kos pendidikan di masa hadapan. Untuk menjadi lebih mudah, anda boleh dapatkan University Cost Guide dari sy bagi mengetahui jumlah yuran IPT masa hadapan untuk dalam dan luar negara. Email kpd sy jika beminat.

PANDUAN 2: Bersikap realistik dengan jumlah simpanan
Sedar and wake up. Dengan kata lain, jika anda sudah mengetahui jumlah kos pendidikan akan datang meningkat 2 atau 3 kali ganda, maka anda juga perlu bersikap REALISTIK dengan jumlah simpanan yang ingin dibuat. Tak kira lah dgn Insurans atau Unit Trust, kalau anda simpan RM 50 jer sebulan, 20 tahun akan datang rasanya anda hanya mampu utk bayar yuran pengajian semester pertama jer…

Jadi bersedialah untuk menyimpan dari 9 - 15% dari gaji anda untuk simpanan pendidikan anak. Perancang Kewangan kata, 1/3 gaji sepatutnya digunakan untuk tujuan pelaburan dan insurans. So dari 1/3 nih, allocate sedikit untuk keperluan pendidikan anak.

PANDUAN 3 : Insurans atau Unit Trust? Seperti yang sedia maklum, Insurans pada hari ini menawarkan polisi yg berbentuk pelaburan yg disebut Investment Linked Insurans. Ia adalah polisi yang menggabungkan 2 elimen iaitu perlindungan dan pelaburan. Sebahagian premium digunakan untuk membayar charge insurans dan sebahagian lagi digunakan untuk pelaburan saham amanah. Syarikat Insurans sendiri sekarang mempunyai dana saham amanah mereka sendiri. Sama macam syarikat pelaburan Saham Amanah yg lain.

Perlu diketahui, jika anda menyimpan RM 100 di Insurans dan dengan Unit Trust, untuk tempoh yg sama katakan 20 tahun, jumlah pelaburan yang anda akan dapat nanti tidak sama. Secara logiknya, simpan RM 100 di Unit Trust akan mendapat jumlah pelaburan yg lebih banyak dari Insurans. Kenapa ? Insurans tetap insurans, sebahagian dana akan digunakan untuk membayar charge insurans. Tambah2 lagi kalau ada byk rider mcm premium waiver, atau medical card. Jadi sebahagian besar premium akan digunakan untuk membayar charge2 rider tadi. Berbanding Unit Trust, 100% dari RM 100 tadi akan digunakan untuk pelaburan saham amanah. Of course memang ada initial service charge tapi tak tinggi sgt around 5%.

Tetapi, Insurans memiliki kelebihan perlindungan kepada investor. Contoh : kalau anak yg diinsuranskan jatuh sakit kritikal, anda mendapat sejumlah wang untuk rawatan si anak. Dan juga ada medical card untuk rawatan kos perubatan si anak. Jika si bapa meninggal atau lumpuh, si anak tetap mendapat bayaran premium percuma dari syarikat sampai tempoh matang. Berbanding Unit Trust, jika anak terkena penyakit kritikal, anda terpaksa menggunakan duit poket sendiri utk merawat penyakit, sbb takda medical card atau pampasan yg diberikan. Silap2 anda terpaksa menggunakan dana pendidikan sedia ada untuk menampung kos rawatan. Jika si bapa meninggal, pelaburan RM 100 utk anak setiap bulan akan terhenti. So masa depan si anak akan terjejas.

KESIMPULAN

Kedua - dua instrumen di atas memainkan peranan yang penting. Insurans utk perlindungan, Unit Trust utk pelaburan.

Bagi sesiapa yg baru bercadang membina dana pendidikan anak, ingat, apa2 pun safety come first. Untuk anak, Insurans perlu diutamakan dahulu. Sakit kritikal dan kos rawatan hospital anak perlu anda perolehi dahulu sebelum memikirkan soal pelaburan yg seterusnya. Terlebih dahulu Insurans utk anda, pencari nafkah keluarga, perlu diutamakan. Untuk mendapat pakej lengkap dengan rider spt premium waive, medical card,anda mungkin perlu mengeluarkan RM 120 - Rm 150. Utk pelaburan dana pendidikan, jumlah ini tidak cukup. jadi jika ada bajet lebih, barulah fikirkan soal pelaburan. Anda boleh memilih untuk melabur di Saham Amanah yg dimiliki oleh syarikat insurans atau pun syarikat saham amanah yg khusus. Pelaburan akan dibuat secara 100%. Ini kerana charge insurans telah anda sediakan terlebih dahulu.

Jika anda sudah membeli plan pendidikan utk anak ( mula dari bayi 1 bulan ) dari Insurans berkait pelaburan, pastikan jumlah yg akan anda perolehi nanti adalah menepati dengan target kos pendidikan akan datang. Jika ia sudah mencukupi, tidak perlu lagi anda invest dalam Unit Trust yg lain. Selalunya, premium dibayar adalah antara RM 200 - RM 300. Jika belum cukup, anda harus memikirkan untuk menambah pelaburan di dalam dana syarikat insurans sendiri atau saham amanah syarikat yg lain. Yg penting target dana pendidikan akan datang adalah menepati.

Jika anda sebelum ini hanya melabur di dana saham amanah yg tak menyediakan pakej insurans, anda harus pastikan :
- medical card utk anak anda bagi rawatan penyakit kritikal
- anda sendiri memiliki insurans dgn jumlah pampasan yg tinggi. Pendek kata, jika anda meninggal dunia, pampasan yg diperolehi dapat menampung dana pendidikan anak anda.

Bagi yg terbaik adalah, allocate 30% dari dana pelaburan anda ke insurans bagi tujuan perlindungan, dan 70% di saham amanah bagi tujuan pelaburan. Dan yg paling penting, pastikan jumlah dana yg akan anda perolehi nanti MENEPATI TARGET KOS PENDIDIKAN masa tersebut.

Sekian dahulu panduan dan tips dari saya.

Untuk mendapatkan University Cost Guide edisi terbaru dari Public Mutual, HUBUNGI SAYA !